Nuffnang saya

Followers

Wednesday, February 25, 2009

Tuan Haji Kamarudin Kulup Mohamad dah 100 tahun..

Tuan Haji Kamaruddin ni tok teman dari sebelah emak teman. Kalau tengok dia memang nampak sihat lagi, malah mata dia masih terang, percakapan dia masih jelas, pendengaran kurang sikit tapi semenjak pakai alat kat telingatu dah ok dah, pemakanan masih ok..dan yang pasti dia baca quran lebih laju dari kita, tamat al-quran selalu.. malu betoi..


Ini adalah tok teman masa sambutan harijadinyer yang advance dulu.. harijadi sepatutnya bulan februari tapi disebabkan ada perjumpaan keluarga didahulukan sambutan harijadinyer.. tak pernahpun seumur hidup sambut harijadini.. tu yang teman terkejut gak..nasib dia sporting, kot dia bersyarah haritu nayajer..


Selamat hari jadi yang ke 100 tuk!Semoga Allah kurniakan tuk keberkatan yang berkekalan hendaknyer.. dan dapat terus mendidik.. Ini gambar tok satu-satunya dengan keluarga teman.

Amalan Harian Tuan Haji Kamaruddin..
(dia akan bagi kat anak cucu dan siapa yang berkeinginan)
pst.. tak terikutpun, banyak gak doa2 yang lain nanti teman tulis lagi..

Bacalah setiap hari :-
1. Taubat Rasulullah (sebanyak 1000X)
Rabbighfirli watub ngalaiya innaka antatauwaburrahim..
2. Taubat Nabi Yunus (sebanyak 1000X)
Lailla haillaanta subhanakainnikuntu minazzholimin ..
(surah Al-anbiya':ayat 87)
3. Taubat Adam dan Hawa (sebanyak 1000X)
Rabbana zholamna anfusana wainnlamtaghfirlana watarhamna linakunanna minalkhosirin..
4. Surah Al-ikhlas : (sebanyak 1000X)
5. Zikrullah (sebanyak 2400X)
6. (sebanyak 1000X)
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbarwala haula wala quataillabillahil ngaliyil ngazim..
7. Selawat (sebanyak 1000X)

>>teman memang surrender.. tapi itulah tok teman yang dikasihi..
Perlukan Takaful untuk keluarga:-

Thursday, February 19, 2009

Surah Penawar~ Surah Al-Kautsar

Hari ini rajin pulak nak menengok email yang sesak dan nak membuang mana-mana yang tidak berkenaan.. Terpandangkan email ini dan rasanya baguih untuk dikongsikan bersama. Moga juga dapat jadi sumber rujukan untuk diri teman dan juga anak teman yang dua orang tu..

Surah Penawar - Surah Al-Kautsar

Surah 108
YANG BERLIMPAH-LIMPAH
(3 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
108:1. Sesungguhnya Kami memberikan kamu berlimpah-limpah,
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.
108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus.

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya ' allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

 

Monday, February 16, 2009

Doa2 untuk Memohon Mendapatkan Anak..

Ini adalah himpunan doa yang akak amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Akakni tergolong insan yang lambat kahwin dan pastilah keinginan untuk memiliki cahaya mata itu adalah satu perkara yang menjadi keutamaan. Namun kuasa Allah pastilah tidak sama dengan kehendak kita dan seharusnya kita patuh dan mengerti setiap kejadian ada sebabnya.

Akak nak bercerita sedikit kisah-kisah lampau yang menjadi satu memori yang sentiasa terpahat disanubari. Selepas setahun setengah berkahwin akak di sahkan hamil dan inilah berita yang ditunggu-tunggu selama ini oleh ahli keluarga kedua-dua pihak. Namun takdir yang menentukan bahawasanya akak hanya dapat bersama dengan dia selama 33 minggu dalam kandungan. Akak masih ingat saat2 sedih itu..14/02/2003.. klik sini:- bayi-mati-dalam-kandungan

Selepas setahun setengah lagi akak disahkan menggandung dan kandungan kali ini akak berusaha menjaganya supaya tidak mengulangi saat2 duka ini sekali lagi. Namun Allah maha berkuasa akak keguguran semasa kandungan berusia 3 bulan. Semasa itu akak takut sesangat dan merasakan apakah akak tidak akan memiliki cahaya mata sehingga akhirnya.

Kandungan akak yang ketiga pulak memang tidak disangkakan namun disahkan gugur juga semasa kandungan baru berusia 4 minggu. Walaupun kesedihan ini terus berulang namun akak teruskan berdoa kerana tanpa berdoa kepadaNYA, kepada siapalah kita berharap. Hanya Allah yang tahu yang terbaik untuk kita dan kita harus sedar tentang itu.

Ini adalah sebahagian doa yang akak amalkan. Doktor di PPUM sendiri (hatta dia bukan beragama Islam) semasa akak bertanya kepada dia " apa yang saya boleh buat doktor", dia kata banyakkan berdoa kerana katanya doa akan dapat menerbitkan fizikal dan mental yang bersih dan suci sebagai persediaan menjadi seorang ibu.

(1) DOA NABI ZAKARIA MEMINTA DAPATKAN ANAKSurah al-Imran: ayat 38
"Rabbi habli min ladunka zuriyattan thaibatan innaka sami nguddoa"
Ertinya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau maha mendengar (menerima) doa..

(2) DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAKSurah Anbiyak : ayat 89
"Rabbi la tazarni pardan wa anta khairulwarisin"
Ertinya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian walhal Engkau sebaik-baik waris..

(3) DOA NABI IBRAHIM DAN NABI ZAKARIASurah Maryam : ayat 5
" Wainni khiftul mawaliaminwaraaai wa kanatim raa ti ngaqiran pahabli minladunka walliya"
Ertinya : Sesungguhnya aku takut akan orang2 yang akan menjadi wali sepeninggalanku (iaitu orang-orang yang jahat) sedangkan perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali (anak) dari sisiMu..

(4) DOA MEMOHON JODOH DAN KETURUNANSurah al-Furqan : ayat 74
"Allahumma rabbana hablanamin azwajina wazurriyatina qurrata ak'yunin wajangalna lil muttaqina imama "
Ertinya : Ya Allah! Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri dan anak keturunan yang menjadi cahaya mata dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang yang bertakwa.
Lihatlah kebesaran Allah, dalam susah sangat nak mengandung akhirnya akak melahirkan anak setahun sekali. Atikah mendapat adik semasa dia baru berumur 18 bulan sahaja. Syukur kepada yang maha Esa..

Oleh itu daripada kita mencari siapa yang salah atau silap cuba amalkan doa2 ini dan mohonlah dengan hati yang lapang supaya Allah mengabulkan doa kita. Cubalah bangun di tengah malam dan tunaikanlah solat hajat dan solat taubat dan berdoalah bersungguh kepada Allah dan hendaklah kita letakkan sepenuh kepercayaan bahawasanya hanya Allah jua yang dapat membantu kita..

PERINGATAN ini untuk akak juga sebab akak ini selalu ingat2 lupa hal ini, mungkin itulah sebabnya Allah turunkan sedikit kesusahan kepada akak supaya akak selalu berdoa. Ini kerana apabila akak senang sedikit, doanya pun semakin sedikit. "Ampunkanlah aku ya Allah!! akuni sering leka, padahal sekiranya aku meminta kepada Mu pasti Engkau tunaikan. Aku mohon macam2 namun hubungan aku dan Engkau tidak menggambarkan permintaanku. Ampunkanlah aku ya Allah yang maha pengampun lagi maha pengasihani."

Tetapi akak nak ingatkan carilah ayat-ayat itu dalam tulisan jawinya supaya pembacaannya jadi lebih lancar.. carilah ayat2 ini di dalam al-quran dan buku2 doa juga ada. Kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan..





Wednesday, February 11, 2009

Pergi ke Taman Bukit Jalil

Pada 09/02/2009 kami anak beranak pergi ke Taman Bukit Jalil sementelah dapat cuti untuk menunaikan hajat ibunyer ini nak tangkap gambar 2A banyak2.. Oleh yang demikian, apabila 2A bukakjer mata ibu pun gembira yang amat sebab ayah dah cakap kalau lambat2 tak payah pergi.. Jadinyer Atikah dan Azalia memang pergi ke Taman haritu tak mandi pagi cuma basuh muka jer, mandi P.Ramlee.. tapi mun dah budak2 comeijer.. Atikah 'excited' sangat sebab basikal pemberian opah dia tu dah masuk bonet kereta..

Teman dah merancang macam2ni nak tangkap gambar kat sini, kat sini.. sampai kat parking tu dah rasa ramai orang harini mun dah cuti umumkan .. Lihatler gambar Atikah dengan basikalnyer.. Ni masa mula2 keluar
Kami tak boleh nak bagi Atikah bawak basikal sekeliling taman sebabnyer kawasan tamanni berbukit, Atikah bukanler pandai sangat bawak basikaltu, nanti yang penat kita jugakkan.. masam ler muka dia..
Sebabkan teman teringin beno nak tengok laman antarabangsa yang kononnyer bangunan macam2 negerapun ada teman menyuruh suami teman pergi kepintu yang lain pulak.. Jadinyer inilah gambar Azalia tayang perut kat depan tasik yang penuh dengan ikan-ikan yang besar2.. kalau suruh teman makan takut..
Ini pulak aksi Azalia ngan singa kat depan pintu rumah china kot.. tak berapa sempat nak tengok tanda2 rumah tu sebab nampak macam cuaca tak berapa mengizinkan.. nak dipicitnyer hidung singa tu.. Azalia tak takut..
Ini aksi paksaan Atikah, geram susah betul nak menyuruh dia bergambar.. Jadiler..
Sakit hati sebab rancangan ibu hampir tergendala, dua orang budak ni dah kehausan sebab tamanni memang berbukit.. kalau dapat berjogging ni memang boleh kurusni.. Nanti ibu nak jogging kat sinilah.. bila tu?? sendiri mau ingat..
 

Friday, February 6, 2009

Azalia deman...

Petang semalam semasa nak ambik Azalia kat rumah mama Maya, kak Maya kata "badan Lia cam panasjer".. patutler tak tergedik2 macam biasa. Malam tadi pukul 1.00 dia terbangun dan sampailer pukul 4.30 pagi dia tak nak tido, leh gelak2... tapi badan dia panas yang amat.

Bagi dia ubat, tapi panas dia tak turun sangat. Cuba nak letakkan cool fever, dia terus tolak, geram tapi memikirkan dia sakit sabo yer ibu..

Letih gak sebab temanni kena bangun awal nak memasak.. jadinyer harini kat ofis mata macam ikan kembung kat pasar tani semalam..

Pagi tadi masa hantar dia kat rumah mama ok dah, cuma 'dedo'(panas sikit) jer.. Kalau tak ok gak petangni kena gi klinik gak.. Azalia.. ibu harap anak ibu cepat2 ler sembuh, tapi mak mertua teman cakap macam nampak gigi dia nak keluo dah.. kesiannyer..

Thursday, February 5, 2009

Rezeki yang Cukup vs Rezeki yang Tidak Cukup-Cukup

Sumber: Majalah Solusi
(terbitan telaga biru)

Katalah, kita memiliki wang lima puluh ringgit.Tiba-tiba seorang yang sangat memerlukan pertolongan datang memohon bantuan. Terkesan dengan kesusahannya, kita menghulurkan bantuan. Kita hulurkan separuh wang ada kepadanya - dua puluh lima ringgit.

Maka yang tinggal buat kita ialah bakinya dua puluh lima ringgit lagi. Dengan itu, apakah wang kita bertambah atau berkurang?
Tentu sahaja jawapan kita ialah berkurang. Jumlah wang kita telah susut dua puluh lima ringgit.
Itulah jawapan kita. Tetapi bukan itu "jawapan" Allah. Bagi Allah, sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah. Perhatikan benar-benar maksud firman Allah ini:
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya." (Surah Al Baqarah:261)
Dilihat dengan pandangan biasa, memang wang kita menyusut, tetapi pada pandangan mata hati, wang kita sebenarnya telah bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan tujuh ratus kali ganda. Jika dinisbahkan secara matematik wang RM25 kita telah "bertambah" menjadi RM17,500!
Bagaimana boleh jadi begitu! Dan yang lebih kritikal lagi apakah benar begitu?
Rezeki yang "bertambah" tidak boleh dililihat dari segi jumlahnya sahaja. Tetapi harus dilihat daripada pelbagai dimensi, secara holistik. Yang paling penting mari kita lihat dari segi keberkatannya.

Ya, dalam soal rezeki, bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan, tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikitnya tidak mencukupi banyaknya tidak puas. Inilah penyebab berlakunya rasuah di kalangan orang atasan- bila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberkatan rezekinya.
Kita yakin Allah adalah Al-Razzak ( Maha Pemberi Rezeki) dan Al-Wahhab. Apabila seorang insan memberi kepada insan lain hanya kerana ingin mendapat keredaan Allah, maka Allah akan "menggantikan" pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik, malah lebih banyak - mungkin tidak dari segi kuantitimya, tetapi boleh jadi kualitinya. Secara mudah, ini yang dimaksudkan dengan barakah (sesuatu yang bertambah dan baik).
Tepat sekali apa yang pernah diungkapkan oleh Sayidina Ali:"Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah."
Justeru, boleh dikatakan bahawa rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, sebaliknya apa yang kita berikan. Semakin kita berikan, rezeki (boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu, masa, tenaga) akan semakin "bertambah", apabila dibelanjakan di jalan Allah. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati boleh datang tiba-tiba. Sebaik-baik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan - menjadi pusaka, warisan setelah difaraidkan!
Perhatikan betapa ada orang yang pendapatannya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, isterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.
Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orang gaji sering lari dan seribu satu lagi masalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya tidak pernah cukup-cukup.
Kalau kita diberi pilihan mana satu keinginan kita, antara rezeki yang cukup dengan rezeki yang tidak cukup-cukup? Tepuk dada, tanyalah iman.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikelni terkesan dihati.. kebetulan masa tu dapat bonus memang ciput giler rasa cam nak mengamukjer.. tapi bukanler teman sorang, mun dah last year memang market down sangat.. Baca artikelni baru teringat kita kenaler menganggap rezeki yang sedikit sebagai yang berkat supaya kita sedar kitani dapat gak bonus tapi ada orang yang sampai kena buang kerja..dapat bonustu dah kira bagus.. Berikan kepada orang yang memerlukan supaya rezeki bertambah berkat.. Ya Allah!! jadikan lah aku insan yang bersyukur..

Perlukan Takaful!!
CHO ZILA (019-210 4240)

Wednesday, February 4, 2009

Didik anak kepentingan pengurusan kewangan

BERITA HARIAN - ekonomi
(12/12/2008)

DALAM keadaan ekonomi tidak menentu ini, pengurusan kewangan keluarga adalah sangat penting.
Konsep pengurusan kewangan ini bukan hanya untuk orang dewasa, malah perlu diterapkan di kalangan anak-anak kerana ia dapat membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda.
Dengan kenaikan harga barang, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada semua ahli keluarga dan anak-anak juga tidak terkecuali.
Malangnya, ramai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas pengurusan kewangan.
Pengajaran paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran kerana ia perlu demi kebaikan anda dan juga anak-anak.

Duit tidak turun dari langit
Mungkin ada anak zaman sekarang tidak menganggap mendapatkan duit itu satu perkara sukar.
Si anak pula dengan lurusnya menjawab "ATM ada. Mak keluar la duit dari mesin ATM tu".
Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Bagi mereka, wang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya.
Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka yang mana mereka mahu memiliki pelbagai benda.
Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras.
Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.

Mendisiplinkan anak mengenai wang
Antara pengajaran penting dalam mendidik anak mengenai pengurusan kewangan ialah mereka perlu mengetahui mereka perlu berdisiplin dalam berbelanja dan menguruskan wang.
Anak-anak perlu berdisiplin, sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah.
Ketika anak-anak mengenali perbezaan antara keperluan dan kehendak serta perlunya menabung, disiplin yang diperoleh dalam menabung dan mengawal diri daripada membazir akan menjadi pengajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan kelak.
Mereka akan berusaha lebih gigih untuk berbelanja mengikut kemampuan diri dan meringankan beban anda.

Mengelakkan anak anda daripada menjadi Generasi Hutang
Ramai anak-anak kita yang masih menuntut di universiti sudah mempunyai hutang yang perlu dibayar apabila tamat pengajian.
Contohnya pinjaman pelajaran. Apa yang dikhuatiri ialah apabila memasuki alam pekerjaan, bukan saja pinjaman pelajaran perlu dibayar tetapi ditambah pula dengan hutan kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.
Jika hutang ini tidak dikawal, mereka mungkin akan dibelenggu hutang untuk tempoh lama dan mungkin juga akan melarat sehingga mereka sudah berkeluarga.

Menanamkan sifat pemurah dan dermawan pada anak-anak
Jika anak anda dapat menguruskan wang dengan baik, mereka akan dapat menabung dan melabur.
Di samping itu, wang lebihan itu boleh digunakan untuk menderma atau menolong kawan atau orang kesusahan.
Dengan menggalakkan sikap dermawan dalam diri anak pada usia muda, mereka akan membesar sebagai individu mempunyai sifat terpuji.

Nota: Artikel ini ditulis SIDC dan Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pela-buran di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat dalam artikel ini ialah untuk tujuan pendidikan dan tidak boleh dianggap pengganti untuk nasihat perundangan atau nasihat profesional.
----------------------------------------------------------------------------------
Rasanya temanpun kena asuh anak dengan baik dalam menguruskan wangni.. teringat kat sepupu teman dulu kitaorang panggil dia kedekut.. tapi tengok sekarang berkat sifat kedekut dia dari kecik2 dulu dia mempunyai simpanan yang baik dan tidak resah dan gelisah walaupun ekonomi gawat.. hanya perlu senyumjer. Harap2 anak aku idakler kedekut tapi berhati2 idakler tiap kali gi kedai mesti nak ambik satu barang kalau 5 kedai nayaler. Percayalah rancanglah kewangan kita supaya generasi kita nanti tidak jadi generasi hutang... Perlukan pelan kewangan untuk pendidikan anak carilah teman...
Pls contact:-
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
"Takaful Untuk Kesejahteraan"

Nuffnang oh Nuffnang