Nuffnang saya

Thursday, January 22, 2009

Exercise- here we go

Ini adalah dari kawan2 kat tagged yang kasik. Bestjer so dicopy kat sini untuk tatapan diri sendiri.. thanks Nora
Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...hehehe

ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni... untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa.. aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...

buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress..

pusingkan kepala...

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...

akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

From Kinrara with Love
♥ATIKAH & AZALIA♥


Wednesday, January 21, 2009

Eeeee.. samalah...

Inilah hasil kerja akak yang  bohsan giler kat opisni.Badan memang tak sihatni, hidung berair & tersumbat, tapi si remisierni lak tak nak datang ofis langsung harini.. Dah ler semalam dapat surat bonus & increament tapi yang adojer frust menonggeng tu yang lagi teruk demamnyer ni..
Ini adalah gambo akak masa umur setahun.Comei tak akak?? Dulu2 masa kecik orang selalu menyakat kata emak akak ambik anak cine, sebab mata akak yang sepettu.. tapi adik beradik akak belaka2pun sepet, jadi idakler akak percaya..nostalgia gambartu sebabnyer bangku cam gitu mana ada lagi, kedai cine kat pekan Parittu ada lagi ker tak.. wallahuallam.. masa citer Ta'in haritu ter'coye'2 gak kot ada kedai gambar nostalgiani, gambar i/cpun buat kat sini...
 
Inilak gambar anak2 akak yang sambut besday setahun.. ada tak rupa teman puteri2 temanni??
Azalia anak akak yang kedua tu dahinyer sangat2 serupa gamaknyer, Atikah yang berbaju pink tu pulak matanyer sepet serupa gak tapi kurang jelas lak kat sini.. ah!! anak2 akak yang dikasihi semoga jadi insan yang berguna...
 
Sebut besdayni ingat kat Siti.. Mintak maaf banyak tak dapat nak datang besday Sofia Maisarah yang cutetu.. haritu Azalia tak berapa sihat dan kini auntie pun dah jangkit tak sihat diani... Harap2 besday yang dirancang itu berjalan ngan sempurna sekali...

Thursday, January 15, 2009

iii.. nak boikot takni??

Inilah yang teman dapat dari kawan2 haritu.. boikotlah demi kawan2 kita di Palestine.. kalau kita tak mulakan tak mungkin orang lain mulakan.. tapi kalau dah terbeli dah tu pakai jer sampai habis nanti membazirler pulak


Tuesday, January 13, 2009

Panjang Umurmu Mak Zana..



Harini hari jadi adik iparku.. adik kepada suami.. Suzana Mohamed Kasim.. Umur sebaya ngan teman.jadi biarlah rahsia.. Semoga panjang umur dan murah rezeki.. Anak2 teman panggil mak zana.. dan esok pulak hari jadi suami dia (biras temanler).. senang2 nanti jemputler kita makan kek.

Salam Sayang :
♥ ATIKAH & AZALIA ♥

Kerabu untuk diet

Kerabuni memang best dan mudah sangat dibuat.. kalau nak diet bolehler cuba hentamjer masuk apapun asalkan kena manis, masam dan masinnyer jer..



(1) KERABU TIMUN
♥ Gaul sebati kesemuanya:-
- 1 biji timun( potong panjang2)
- 1 labu bawang besar(hiris nipis2)
- 3 tangkai cili padi (hiris)
- 1 sudu besar air limau nipis
- 1 ekor ikan kembung( rebus & ambil isinya)
- garam jika perlu
-------------------------------------------------------------------------
(2) KERABU TOMATO DAN IKAN BILIS
♥ Gaulkan semua bahan2:-
(hiris) - 3 biji tomato, sedikit cili padi, bawang besar, serai
(mesin) - 3 bili cili merah, 5 biji cili padi, 2 biji bawang merah
♥ Perahkan dengan - 3 biji limau kasturi
♥ Taburkan dengan - segenggam ikan bilis goreng (tumbuk sedikit)
--------------------------------------------------------------------
(3) KERABU IKAN BILIS- Resipi Mak Lang
♥ Gaulkan kesemua rata-rata:-
- ikan bilis (goreng garing),
-timun (prefer timun jepun) -potong
-karot, tomato, cili padi ( dipotong)
-garam, gula dan perahan limau nipis...
-----------------------------------------------------------------
(4) KERABU BELIMBING BULUH- Hanieliza
♥ Campurkan kesemuanya :-
(bahan hiris) - 5 biji belimbing buluh, 1 biji timun, 2 kuntum bunga kantan, 1 biji bawang besar
(bahan tumbuk)- 5 biji cili merah, 1 sudu besar lada hitam, belacan
[ gaulkan bahan hiris dan bahan tumbuk ] dan....
♥ tambahkan lagi:-
- 1 cawan santan pekat
- garam dan gula.
--------------------------------------------------------
(5) KERABU TAUGE DAN KERANG
♥Gaul sebati :-
- 1 mangkuk tauge (celur)
- 1 mangkuk kerang (rebus)
- 1 tangkai cili merah (potong)
- 1 labu bawang besar(potong)
- 2 sudu besar sambal belacan
- 2 sudu besar kerisik
- 2 sudu besar beras goreng (dikisar)
- sedikit garam dan gula
[gaul sebati]
---------------------------------------------------------
(6) KERABU PUCUK PAKU
♥ Gaul kesemuanya sekali :-
- 1 mangkuk pucuk paku (dicelur)
- 1 ekor ikan kembung ( rebus dan ambil isinya)
- 2 sudu besar kelapa parut (digoreng)
- 1 sudu besar air limau nipis
- 1 tangkai cili merah(potong)
- 1 labu bawang besar (potong)
- sedikit garam dan gula
(rasa-rasakan dan bolehlah dihidangkan).. mudahkan...
---------------------------------------------------------
(7) KERABU DAUN SELOM
♥ Gaulkan sebati kesemuanya sekali:-
(bahan-bahan potong)
- 1 ikat daun selom
- 1 labu bawang besar
- 1 tangkai cili merah
- 3 tangkai cili padi
♥ dan juga
- 2 sudu besar kelapa parut (goreng)
- 2 sudu besar santan
- sedikit garam dan gula
------------------------------------------------------
♥♥♥♥ Aku memang jatuh hati ngan kerabuni.. suka ngat.. kadang2 gauljer mana yang ada kat dalam fridgetu.. sedapnyer.. tapi macam orang malas kata husband aku...

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH & AZALIA ♥


Monday, January 12, 2009

Kalau Dahi tak mencecah Sejadah Didunia

Peringatan ini untuk diriku sendiri dan berpesan2 juga kepada sesama kita, moga mendapat manfaat hendaknya... Pesanan ini aku dapat dari rakanku melalui email.. terima kasih sahabat.

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

sebagai renungan bersama... Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... . Assalam Mu'alaikum Wbrth!

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. .. Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.... Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.... Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.... Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.... Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan.. .. Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.... Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!



"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI..... Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita........

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Bai k Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Bai k Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH & AZALIA♥
Pls contact:-
CHO ZILA (019-2104240)

Thursday, January 8, 2009

2A ke Sogo

Hari ahad yang lepas kami anak beranak ke Sogo untuk mengisi masa lapang dan kononnya nak bershopping sedikit.. kan sale kononnyer.. sampai kat sana kalau dah namanya budak2 bukannyer mau diam baikler tak payah.. last2 bawak kat air terjun kat tingkat paling atas (yer ker??) tapi yang pasti level food court ler..

Kononnyer jugak dapatler tangkap gambar bebudak dua orang tu, hampeh belaka dua-duanya buat muka tak sudi.. kakak yang suka kamera pun lari.. entahler.. jadinyer nijer lah 2 keping gambar yang ado untuk kenangan hari tu..Gambar berdua langsung tak boleh..
Azalia dengan muka yang geram sangat2 sebab tak boleh pegang sendiri air minuman..

Atikah dengan gaya bagaikan ada tsunami bergayut kat tiangtu...

Ingatnak gak ajak husband gi kat Ariani butik yang femes ngan tudung Ekin tu.. teringin nak pakai sementelah tengok orang pakai cun jer..dah beli satu tapi kat internet, macam besar sikit dah kasi kat emak.. rasa cam alim sesangat.. tapi tudung ariani nampak cam selesa sikit...frust tuller. Bukan senang nak ajak suami kita tu ke area sanatu.. tak merasale.. tapi dengar2 leh buat sendiri tudungnikan.. dah jumpa blog dia nanti nak tengok..

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH & AZALIA ♥

Nuffnang oh Nuffnang