Nuffnang saya

Followers

Wednesday, August 27, 2008

RESIPI SPAGETI

Semua ini adalah koleksi reseipi spageti yang telah akak kumpulkan sekian lama. Akak dapat dari pelbagai sumber, ada yang pernah cuba tapi akak buat sesuka hati jer. Mun dah tekak orang Malaysia tu payah sikit, tu ler pasal kalau makan pasta2 ni kat kedai yang mengikut selera orang putih tu selamat ler akak kata tak sedap.

Mula-mula akak citer cara asas merebus spageti ni...

contoh : 1 liter air
300gm spagetti
sedikit minyak ( 1 steh )

- Didihkan air dan masukkan minyak. Masukkan spageti itu dan biarkan masak selama 20 minit.
- Angkat dan lalukan dibawah air yang mengalir (air paip) untuk seketika..
- Gaulkan dengan sedikit minyak bagi mengelakkan dari melekat. Ketepikan.

ATAU : Didihkan air, masukkan minyak dan garam. Masukkan spageti.. biarkan lembut.. Angkat dan toskan...

Ha!!! dah siapkan kita nyer spagetinya sekarang macamana nak masak sosnya, cubalah mana berkenan di hati...

(1) SPAGETTI BOLOGNAISE (HANIELIZA)

Tumiskan :-
- 2 biji bawang besar (dadu)
- 1 ulas bawang putih (cincang halus)

Masukkan :-
- 4 sudu besar cili mesin
(kacaukan sehingga wangi & naik minyak)

Masukkan
- 400gm daging cincang
(kacau rata dan biarkan naik minyak lagi)

Masukkan :-
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 tin cendawan butang ( potong kecil)
- 1 batang karot ( potong dadu)
- 2 batang putik jagung ( potong kecil)
- 2 biji tomato (potong dadu)

Masukkan :-
- garam
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar lada hitam

Angkat dan tuangkan atas spagetti ( yang telah direbus) dan taburkan oregano dan hirisan daun sup...

Akak memang suka resipi Hanieliza ni sebabnya memang tekak orang melayu sikit. Lagipun senang nak buat.. Thanks to Hanieliza yang semakin glamer tu....

(2) SPAGETI DAGING (JASMIN HAMID)
Ni resipi Jasmin Hamid.. ala pelakon tu..

Tumiskan :-
- 2 ulas bawang putih (ketuk)

Masukkan :-
- 150gm daging cincang
- 1 tin rempah spageti bolognaise

Campurkan :-
- sedikit air (supaya daging cepat empuk)

Seterusnya :-
- 1 botol sos tomato
- 1/2 botol sos cili

Akhirnya:-
- 100gm cendawan butang(kacau sehingga sebati)....
mudahkan pakai jer rempah yang sedia ada..

(3) SPAGETI CARA AMIDA

Rebus spageti - Masukkan spageti dalam periuk.. masukkan air kasi sampai tenggelam dan letakkan garam sedikit. Rebuskan sehingga betul2 kembang pastu angkat dan toskan... Letakkan marjerin atau butter so spageti tidak akan melekat.

SOS :-
Gunakan instant sos spageti (Amida gunakan brand PREGO perasa mushroom).

Campurkan dengan seanekanyer :-
tomato puri, bawang merah dan bawang putih (blend), ayam, sotong/udang, cili boh, cili besor( capsicum ), brokoli, karot.. aper2 ajer... Tumisler cam biasa yek.. bukanler main campur jer.. ok...

Friday, August 15, 2008

Besar Periuk Maka Besarlah keraknya


"Besar Periuk maka Besarlah Keraknya"... Peribahasa melayu yang mengambarkan jika seseorang yang berpendapatan besar maka lebih besarlah perbelanjaannya. Ini memang terjadi, maka tidak hairanlah jika selalunya kita tidak penah berasa cukup dengan pendapatan yang sedia ada. Memang dunia hari ini kepada yang hidup dibandar sememangnya mencabar & memerlukan kekuatan dari segi kewangan dan mental untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan. Namun kita juga tidak boleh menafikan ada keluarga yang berpendapatan yang kurang dan memiliki tanggungan yang lebih besar mempunyai kehidupan yang lebih teratur.

Kunci rahsianya... setiap dari kita mesti merancang perbelanjaan masing-masing secara berhemah & mematuhi setiap peraturannya. Akak masih ingat kehidupan akak dahulu, bapak akak hanya seorang guru dan emak pula hanyalah seorang guru KAFA. Semasa kami bersekolah, emak pasti membekalkan makanan kepada kami bertiga (akak dan dua adik lelaki) dan duit untuk belanja sekolah hanya sedikit. Jarang sekali kami sekeluarga dapat makan diluar kecuali semasa apak dapat gaji @ menjual koko( kami ada kebun koko, apak usahakan sendiri). Itupun makan hanya di kedai mamak pekan Ayer Tawar, namun seronoknya masatu Tuhan aje yang tahu. Apak jarang-jarang sekali bertukar baju dan selalunya dia akan memakainya sehingga lusuh. Apak hanya merasa menggunakan kereta baru (Iswara Aerobik)bukan kereta 2nd hand sebab anak-anak yang membelikan untuk dia.

Dan lihatlah kehidupan anak muda harini, baru sebulan bekerja dah berkeinginan untuk membeli kereta yang baru dan sentiasa menukar telefon untuk sama standard dengan orang lain. Belum lagi tengok baju dan kasut yang mesti berjenama dan silih berganti. Inilah yang selalu apak bebelkan pada kami kalau dia datang ke rumah atau kami balik ke kampung. Kesimpulan yang akak dapat, apak insan istimewa yang sentiasa berpegang kepada " Ukur baju dibadan sendiri" supaya tidak merana dikemudian hari

Oleh itu walau sebanyak manapun pendapatan dan semakin banyak cabaran yang perlu kita hadapi hari ini, kita masih perlu merancang kewangan dan kita masih perlu melindungi pendapatan kita kerana kehidupan ini penuh dengan ketidak tentuan. Sebenarnya setiap orang mampu memiliki Takaful tanpa berdolak-dalih lagi sekiranya tahu kepentingannya dan kelemahan dari sudut ekonomi dan sosial sekiranya tidak memilliki Takaful dan ditakdirkan ditimpa musibah. Pengalaman hidup kita sebenarnya telah memberitahu kehidupan ini tidak menentu, kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan.

Which one is YOU????
Orang yang GAGAL adalah orang yang tidak membuat perancangan masa depan.
Orang yang BAKAL berjaya adalah orang yang telah memikirkan perancangan masa depan
Orang yang BERJAYA adalah orang yang telah melaksanakan perancangan masa depan.

Sudah semestinya kita ingin menjadi orang BERJAYA!! Oleh itu walau semakin besar periuknya maka semakin besar cabaran yang perlu dihadapi dan ini memerlukan kita melaksanakan semua perancangan kewangan yang baik. Ini semua akan dapat memastikan kerak besar yang terhasil itu mempunyai banyak manfaatnya.
Glitter Words

2A bersama Barnie & Friends

04/04/08 - Pergi ke KLCC nak cari baju raya, sebabnya nanti bulan puasa memang tak kuasa ler aku.. Dapat ler sikit tapi kena gak pegi Sogo nak cari yang lain2 lagi.. Hari Raya tahunni pun tak best sebab bapak mertuapun baru meningggal & masih terasa macam dia masih ada lagi...For sure harapan nak beraya di Perak tahunni tak menjadi lagi. Ada sahaja halangannya... Last year baru 5 hari dalam pantang... Lagipun pada 04/04 ni jugak adik aku yang kat Shah Alam tu accident teruk gak sampai kena operate sebab tulang belakang dia dah 'rosak'(tak tau camner nak explain)... kena rehat kat rumah 3 bulan, for sure gak dia tak balik kampung.. so, harap2 tahun depan dapatler beraya kesemuanya dirumah Zakaria Ansari di Kampung Serikaya, Bota Kiri...
 
Aku ambik cuti dari 18/08 sehingga 22/08 macamler ada anak yang dah sekolah.. Sebabnya aku nak balik kampung dan dapat bercuti dengan adik-adik aku yang anak-anak mereka dah bersekolah.. Dan bolehlah Atikah dan Azalia berkenalan dengan sepupu dia sebelah aku. Tak sabar dah ni nak balik kampung, tapi geramnya esok kena gi kursus ITI kat HQ, buang masa betul sebabnya ikut point aku dah cukuppun 20... tak per lah buang-buangkan masa dari kena bayar kalau tak pergi...

Tuesday, August 12, 2008

AL FATIHAH UNTUKMU

Father's Day Myspace Comments

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MOHAMED KASIM BIN SIRAT...

Pada 31/07/2008 yang lepas, bapa mertua saya pulang kerahmatullah kerana serangan strok & juga masalah kencing manis & darah tinggi.. Dia tinggal bersama saya selama 2 tahun selepas kelahiran anak pertama saya Nurul Atikah. Ibu & bapa mertua saya berpindah kerumah baru kami kerana Nurul Atikah semasa kecil nya menghadapi masalah nafas berbunyi. Pada saya mertua saya kedua-duanya terlalu baik dan senang sekali bersama mereka.. Walaupun ada cerita tentang kehidupan yang tidak baik sekiranya tinggal sebumbung dengan mertua, alhamdullillah ini tidak terjadi kepada saya.
 
Kenangan yang terindah bersama bapa mertua saya ialah pada awal perkahwinan saya iaitu semasa makan tengahari di sebuah kedai. Saya membeli kuih untuk kunyah-kunyah dalam kereta semasa balik, semasa melintas jalan entah macamana saya tercampakkan kuih tu... maka musnahlah harapan saya nak makan ni.. tapi saya tak kisah sangatpun, bapa mertua saya boleh menyeberang balik untuk membelikan kuih itu kepada saya.. masa tu saya rasa terharu sangat sebabnya suami sayapun tidak memperdulikan keadaan itu.. Dan saya tahu bapa mertua saya menyayangi menantu dia sama dengan anak-anak dia, kalau dia memberi duit dia akan bagi sama rata.. Semoga Allah menempatkan dia bersama-sama orang2 yang soleh.. Al-Fatihah...

Nuffnang oh Nuffnang