Nuffnang saya

Followers

Thursday, June 19, 2008

Jogging- semoga berterusan

Mingggu ni saya start jogging.. mula2tu was2 gak nak ajak suami tersayang pergi Taman Bukit Jalil tu. Sebabnyer kita tahu sangat dia memang tak suka tempat panas & ramai orang.. tapi kasiler dia semangat sikit kata "Abang tak payah jogging kalau tak suka, tunggu dalam kereta ngan adik. Lepastu kita singgah makan satay kajang kat R&R Awan Besar"(kita ler belanja). Dia kalau dengar satay mesti jadi punya... tapi dia kata "Ok tapi jangan jogging lama sangat tau..."
 
Hasrat nak berjogging ni sememangnyer tersemat kukuh disanubari namun pelbagai alasan yang direka sendiri maka hampir nak berkubur impian tu.. Tapi disebabkan semakin hari semakin terasa badan ini dah tak sekuat dulu, naik tangga kat ofispun dah semput kuatkan semangat.. mesti mulakan jugak tak kira...
 
Sebagai permulaan, pakai baju jogging dari ofisni, sampai taman kat rumahatu aku pun terusler beriadah. Dapat keluarkan peluh pun kira satu perkembangan yang baik. Tak boleh nak lama sangat sebab adik yang tinggal kat rumah Mama Maya, nanti dia tertunggu ibunyani... namun aku puas hatiler jugak walaupun dapat lebih kurang 20 minit, boleh ler asalkan ada... Mungkin selepasni aku nak rancang bawak adik & kakak, tapi boleh jalan laju sahaja. Adik masukkan dalam stroler & kakak boleh ajak jalan2 sambil singgah ke taman permainan kanak-kanak boleh main buaian (kesukaan Atikahni).

Selalu jadi macamni, kalau aku mula rajin nak beriadah jer hujan pun mula turun tiap-tiap petang. Tolongler ibu, jangan cari alasan lagi. Suami aku mesti ingat kat step aerobik yang dibelinyer sempena harijadi aku yang keberapa tak ingat , mesti nak kata " Orangnya tak kuruspun step tu jer dah makin slim..". Perli tahap gaban ler tu... Cari balikler VCD Khaty Smith yang dah berabuktu, tunggu aku balikni... Beli VCD aerobik ni tak henggat, yang ado hangat-hangat taik ayam.

Alamak, dah kena balik ni. Oklah.. semoga usaha akuni tak terbehenti dengan alasan-alasan yang tak boleh diterima lagi....

Friday, June 13, 2008

ATIKAH & HARIS (SEPUPU)



Ini adalah Atikah ngan sepupu dia Haris.. Haris adalah anak sedara teman(anak adik). Harisni kalau bercakap mengalahkan orang tua....

Wednesday, June 11, 2008

Bayi mati dalam kandungan

Dapatkah anda bayangkan perasaan seorang ibu yang mengandung 33 minggu yang tidak dapat mendengar tangisan bayinya semasa melahirkan. Itulah yang terjadi kepada akak walaupun kenangan itu telah berlalu 5 tahun yang sudah namun tidak pernah akak lupakan walau sedetik.

Akakni kategori yang kahwin lambatler jugak (pst: anak-anak dara sekelian kahwinler cepat kalau dah ada orang yang suka, jangan tunggu lama-lama) dan ditakdirkan nak lekat pun agak lambat gak. Dah setahun setengah gitu baruler dapat khabar gembira yang akak mengandung. Syukur banyak kerana hanya Allah yang tau betapa happynyer aku dan suami masatu, maalumler dua-duapun kira dah berumur. Lagipun tak larat telinga nak dengar orang bertanya bila nak mengandung, tak nak mengandungker, dan macam-macam soalan menyakitkan hati.

Semasa mengandungkan dia ni memang tak banyakpun alahan, malah dalam hatini berkata gak betoiker dalam tv tu kalau orang mengandung alah bagai nak rak, morning sickness lagi isshhh tak baik betoi ler akak boleh kata orangni mengada2 jer kot.. rupanyer dia tak nak menyusahkan akak, sehingga ler ke minggu 26 @ 28 gitu akak pi check kat SMC macam biasa, tiba2 doktor kata kena tahan kat wad sebab nak monitor BP (kes darah tinggi ler ni).

Masa tu rasa macam pelik jer, sebab tak ler rasa pening ker apa cuma macam penat jer. Kenalah akak tahan semalam dan bil untuk semalam itu ialah RM600++ untuk monitor BP plus ubat darah tinggi yang mahal ler tu.. Selepas berfikir panjang kalau selalu dimasukkan ke wad hanya kerana untuk monitor BP tentulah tidak berbaloi sama sekali.

Setelelah perbincangan dibuat kami ambil keputusan untuk pergi ke PPUM sahaja memandangkan suami akak kakitangan kerajaan yang tentulah bil rawatan percuma. Darah tinggi semasa mengandungni memang spesel sebab tu doktor memang sedikit mengambil berat permasalahan ini. Dan untuk ibu2 yang mengandung tu akak nasihatkan sangat tolong ler berhati-hati kalau dapat darah tinggi semasa mengandung. Akak katakan spesel kerana pi PPUM selepas keluar dari SMC tu akaknyer tekanan darah kembali normal dan doktorpun cuma menyuruh akak berehat di rumah.

Akak menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan benda masin-masin, tak makan makanan segera dan pantang larang yang biasa untuk orang darah tinggi juga tak buat kerja rumah yang berat-berat.. Pada 13/2/2003 akak ada satu check up biasa di PPUM, perasaan pada masa tu macam biasa dan sementara menunggu tu bersembang ngan ibu2 lain tu bercerita pasal baby dalam perut menendang. Saat itu akak mula rasa tidak sedap hati kerana kebetulan selepas hari raya aidil adha tu ada gak cakap kat suami baby ni tak aktif sangat. Oleh kerana pengalaman pertama mengandung akak tidak dapat bezakan apa cuma akak boleh kata babytu letih kot, ikut logik dia letih sebab apa yek!! alasan nak menyedapkan hati sendiri jer ni.

Semasa doktor suruh masuk dalam bilik, dia suruh baring dan dia tekan2 perut dan pakai alat yang letak kat perut dan kita boleh dengar jantung babytu (kat PPUM tak scan setiap kali jumpa). Doktor tu mula buat muka yang buat kan akak rasa cuak sangat. Dia kata mungkin alat tu tak leh nak cari jantung dia kat mana, so dia suruh akak pergi ke bilik scan. Kat sini memang kita dah rasa sesuatu yang tak elok berlaku, dia kata dia nak panggil doktor yang lagi pakar. Masatu jantung dah berdebar-debar tapi dalam hati cuba menidakkan dan akak dah mula menangis. Doktor suruh panggil husband..

Apabila doktor pakar tu datang dan dia genggam tanggan akak dan cakap " baby awak dah meninggal dalam kandungan, harap awak bersabar ". Doktor tu bagi semangat tapi akak dah tidak mendengar apa pun melainkan akak menangis dan rasa kecewa yang amat.Perasaan masa itu terasa kosong dan tiba-tiba akak rasa amat sunyi. Memang sukar nak dibayangkan dengan kata-kata. Selama 33 minggu kami bersama, akak dah berkomunikasi dengan dia dan akak dapat rasakan kehadiran dia dan tiba-tiba dia meninggalkan kita.

14/02/2003, aku memang ingat sampai bila2. Hari Kekasih mungkin bagi orang lain tapi hari tu adalah Hari Kasih Sayang buat akak kerana pada hari tu anak akak dilahirkan dan akak dapat melihat wajah nyer yang comel dan hari itu juga anak akak meninggalkan akak selamanya. Bayangkan di wad bersalin tu akak mendengar setiap tangisan bayi setiap kali ibu melahirkan anak. Sedangkan akak terbaring disitu setelah di inducekan pada waktu pagi dan hanya bersalin pada pukul 4.00 petang dan ketika melahirkan tiada tangisan yang dapat akak dengar. Ya Allah berikan kekuatan kepada ibu2 seluruhnya jika mereka juga mengalami saat-saat seperti ini.

Ini adalah kenangan yang paling mendalam dalam kehidupan akak dan akak tidak pernah mengalami perasaan seperti ini sehingga ke hari ini. Akak masih menginggati saat2 akak cium dahinya dan juga pelukan pertama dan terakhir akak pada anak ibu tersayang Mohamad Najmi bin Mohamed Rafi.
Inilah kubur anak akak di Danau Kota.

Nuffnang oh Nuffnang